Pages

Saturday, November 3, 2012

Perasaan itu... ada...Untuk si dia




Perasaan itu…
Ada…sesungguhnya ada…
Saat dia mula diperkenalkan kepada ku…
Saat itu...
       Rasa itu mula timbul...
Ada rasa ingin memiliki dia…
Ada rasa rindu pada dia...
Ada rasa cinta kepada dia...
Bila ku mula mengenalinya…
Ada rasa itu…
Rasa takut…
Takut untuk berkenalan…
Takut untuk ditolak…

Dirinya ku rasakan terlalu sempurna untuk ku…
Benar…aku redha dengan agamanya…
Benar…aku redha dengan akhlaknya…
Benar…dia telah memenuhi ciri-ciri lelaki yang diri ini dambakan…
Benar…diri ini yakin keluarga akan setuju…
Benar…diri ini mula menyukainya…

Sering juga diri ini meminta pada TUHAN YANG ESA…
Dalam istikharah cinta…
Agar dijelmakan dia
Tapi…hati mengatakan jangan.
Hati mula pasrah.
Hati takut untuk terluka lagi…
Diri ini mula mendekatkan diri padaNya…
Al-Quran dijadikan sebagai sahabat karib…
Solat dijadikan pendekat diriku kepadaNya…
Doa dijadikan senjata untuk ku meraih perhatianNya...

Tapi akal tetap berfikir…
Adakah aku layak untuk dia?
Adakah dia akan menerimaku? Sudi untuk berkenalan dengan ku?
Adakah dia boleh menerima ku seadanya?
Adakah aku boleh menjadi isteri yang dapat menyempurnakan dirinya? Agamanya?
Layak kah aku?
Bersediakah aku?
Cukup kah ilmu ku?

Aku ingin…
Ingin menjadi milik dia…
Ingin menyempurnakan hidup dia…
Ingin menggembirakan dia…
Ingin menbahagiakan dia…





Tapi…
Aku mengerti…
DIA lebih mengerti perihal ini…
Belum masanya untuk kami mengenali…
Aku menanti untuk yang halal hadir…
Menjemputku menjadi permaisuri hatinya…
Kerana namanya telah tertulis…
Sebagai imam kepadaku…
Sementara aku menunggunya…
Aku ingin mempersiapkan diriku untuk menjadi isteri yang terbaik untuk diri nya.

Walaupun diri dia bukan ditakdirkan untuk diri ku…
Aku doa agar digantikan dirinya dengan yang lebih baik.
Benar…di hati ini…
Aku mula MENGHARAPKAN si dia





ikhlas,
hambaMu yang telah Engkau titipkan perasaan itu




0 comments:

Post a Comment

Followers