Pages

Tuesday, September 28, 2010

JAMUAN HARI RAYA PPSK 2010



MAKAN...MAKAN...MAKAN...
Jamuan Hari Raya PPSK 2010
Tarikh: 4 Oktober 2010 / 25 Syawal 1431
Masa: 8.30 PM
Tempat: Dewan Utama
(jangan lupe sila bawa kad matrik yea...MERIT disediakan)
raya setahun sekali je...jum same2 memeriahkannye!!!


pakat mari semo...abe, adik, kakak, sume warga PSK dijemput hadir!!!
insyaALLAH...pasti berbaloi-baloi...



 


di kesempatan ini, saya nk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada sume... (rasenyer x lmbat agy kalu nk wish skrg)

mama, family kesayangan ku...bolong, kak nik, bochik, kakak, kak tek, kak g, muni, nana n kat sume anak buah Cik Ha yg bucuk2...hurm..sume total 17 org yang diakui dan disahkan keturunan dan baka......

puteri lilin yang manja: alia, kak yong, angah, ishmah, malihah, maherah (humaira), iffah, maisara,  
putera yg nk jadik hero: iqbal, ijan, haikal, amin, muaz, irfan, irsyad, fathi, hasif, 
++ taun ni 2 org lagi bakal datang...sonoknyerrrrr....!!!!!


x lupe jugak kpd sahabat2, kwn2, rakan seperjuangan d USM, SPEEDIO batch 5 , member2 SMK Kubang Bemban, SID n kepada sume yg mengenali diri ini... kpd umi2 abi2, cikgu2, pensyarah2 n kepada sume lah...
saya Halimah binti Mahmud, ingin memohon ampun dan maaf diatas segala silap dan salah... yg sgj @ x sgj, yg zahir @ batin...MAAF SUME ^__^

MAAFKAN KAMI...
MAAFKAN KAMI...
MAAFKAN KAMI...

Friday, September 24, 2010

Penghambaanku..Star Five

 
 

Dibanyak malam aku berdoa
 Kerana diri ini terus merasa
Bagai tanah lumpur yang bernoda
Tiada bersih hanya penuh cela

Di banyak waktu aku tersadar
Hanya dosa dan dosa yang terhampar
Meski tetes air mata ku mengurai
Tak akan desah mampu terlerai

Ya ALLAH
Hanya Engkau yang bisa
AMPUNI hamba tunjukkan cahaya

Ya ALLAH 
Engkau... satu yang mampu
PertolonganMu SELAMATKAN aku

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku
MEMOHON
Selain kepadaMu...
Kembali aku...

Di banyak hari aku mencoba
Sebut NAMA untuk mengingatkan
Agar tak mengulang salah-salah yang sama
Salah yang selalu berakhir
PENYESALAN...

Memang perhambaanku
Belumlah SEMPURNA
Segala nilai ibadah masih terpatri duniawi
 Segala nilai yang malang masih
Terpatri pujian
Ya ALLAH 
Tetapkan IMAN ku untuk terus dijalanMu

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku
MEMOHON
Selain kepadaMu...



Thursday, September 23, 2010

Rahsia pemakanan bijak pandai Islam


bismillahirrahmanirrahim...


Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik.  Allah berfirman dalam surat Al Baqarah 172:
"Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik." 

Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: "Ya Robbku, Ya Robbku", sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)


kat bawah ni ade bbrape list makanan yang boleh membantu meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan...semoga ianya dapat memberi manfaat bersama...insyaALLAH...
 
1) MADU
 
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. 
Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. 

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. 
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. . Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. 

9) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

10) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


11) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

12) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

13) ZA'FARAN :

KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.

14) KEMENYAN PUTIH

(kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

15) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


16) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

17) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

18) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

19) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

20) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori 



Thursday, September 9, 2010

tika diri ini merindui dirinya... selamat tinggal RAMADHAN dan selamat dtg SYAWAL...

“Ya Tuhan kami, ampunkanlah aku dan kedua-dua ibu bapa ku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)” –Ibrahim 14:41

Subhanallah, dah 6 thn rupa2nya abah kembali bertemu dgn Maha Pencipta…rindu sgt hati ini bila mgngkan masa2 dulu, diwktu aku masih knk2 hingusan, wlpun dah masuk sekolah mngah, tp diri ini masih belum mydari hakikat itu..hihihi
Alangkah indahnya jk arwah masih ada kerana diri ini ingin sgt bersalam dan mgucup abah seperti yg selalu aku buat 6 tahun yg lalu…tapi… mustahil waktu itu akn kembali lagi, kerana org yg disygi itu telah pergi utk selama2nya… SELAMA2NYA…

Aku tahu dan selalu mndgr hadis drpd Rasulullah s.a.w. ;
Drpd Abu Hurairah r.a. bahawa drpd Rasulullah s.a.w. brsbda yang bermksud: ‘ jk ssorg manusia telah meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu 1) sedekah jariah 2) ilmu yang bermanfaat 3) anak soleh yang mendoakannya’ (Riwayat Muslim)

Berdoalah utk kedua ibu bapa kita agr mereka dilimpahi dgn rahmat Allah dan keampunanNya. Tapi persoalannya, mampukah dan sudahkah diri ini menjadi anak yang solehah kpd ibu bapa? Berapa seringkah diri ini merndui ibu bapa stp kali berjauhan? Kpd arwah abah? Brpa byk kali kah diri ini berdoa dan mybut, meminta supaya segala dosa mama, abah…diampunkan? Sudahkah sgla yg diamanhkan sudah dijalankan dan disempurnakan sebaik mungkin duhai diri ini? Sudahkan kamu berusaha utk mnjlnkan tggjwb itu sebaik mgkin??? Argghh…subhanallah, apakah yg harus aku jwb trhdp stp persoalan hati ini??? Speechless…………..

Ketahuilah, bahawa doa yg dikirim pd setiap detik dan waktu akan mgjutkan mereka pd hari akhirat. Hati mereka yg terluka dan menjauh di dunia, mungkin terubat dgn titipan doa kita. Rasulullah sendiri mggambarkan bgmana doa seorang anak boleh mengubah kedudukan ibu bapa mereka di akhirat nanti. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“sesungguhnya seorang lelaki akan diangkat darjatnya di syurga. Maka dia bertanya: ‘ bagaimana aku boleh berada di sini?’ maka dijawab ‘ dengan doa permohonan keampunan oleh anakmu utk dirimu’” ( Riwayat Ibn Majah)

“Wahai Tuhan, kasihanilah mereka berdua (ibu bapa), sebagaimana mereka mengasihiku (mengasuhku) ketika kecil” –Al-Isra’ 17:24

Semoga diri ini dikuatkan utk terus berbakti kpd kedua ibu bapa ku… insyaALLAH…



ISTIMEWANYA MALAM RAYA


Terdapat 5 malam yang doa-doa akan dimakbulkan padanya; iaitu 1) malam Jumaat 2) 3) kedua-dua malam Hari Raya 4) malam permulaan Rejab 5)malam Nisfu Syaaban

Malam ni malam special coz malam 1 syawal jatuh pada malam jumaat… tidakkah terasa begitu hebatnya malam ini kerana kedua2 malam yang mulia ini jatuh pada hari yang sama? Subhanallah… jum sahabat, sama2 kita menggunakan peluang ini sebaik mungkin demi mencari keredhaanNya…

Abu Hurairah r.a. berkata, telah brsabda Rasulullah s.a.w. mafhumnya: “…dan diampunkan bg mereka (umat Muhammad s.a.w) pd mlm terakhir Ramadhan”. Lalu seseorang berty: ‘Wahai Rasulullah s.a.w., adakah malam itu ialah lailatulqadar?’ jawab Rasulullah s.a.w.; ‘tidak! Tetapi seorg pekerja akan diberikan upah setelah dia menyelesaikan pekerjaanya!’ (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu al-Syeikh Ibn Hibban)

Ibn Abbas r.a., dlm sebuah hadis yg panjang, beliau menyatakan bhwa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. brsabda yg bermaksud; ‘apabila tiba malam Hari Raya Aidilfitri, dnamakan malam itu dengan panggilan Lailah al-Ja’izah (Malam Pengurniaan). Maka apb pg hari raya menjelang, Allah Azzawajalla mengutuskan para malaikat ke setiap tempat dan berdiri di muka-muka lorong dan jalan. Mereka akan menyeru dgn suara yg akn ddengari oleh semua yg diciptakan ALLAH azzawajalla kecuali jin dan manusia. Mereka berkata; ‘wahai Umat Muhammad! Keluarlah kamu kpd Tuhan yg Maha Pemurah yg memberikan kurniaan dan memaafkan dosa-dosa besar’. Apabila mereka tiba di tempat solat raya mereka,

Allah azzawajalla brty pula kpd para malaikat: ‘apakah balasan bg seorg pekerja yg telah melaksanakan kejanya?’

Para malaikat akan menjawab “wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya adalah disempurnakannya ganjarannya”

lalu ALLAH berfirman yg brmaksud “ maka Aku jadikan kamu sbg saksi, wahai malaikatKu! Sesungguhnya Aku tlh jadikan utk mereka yg berpuasa pd bulan Ramadhan dan berdirinya (utk beribadat dlm terawikh), balasannya ialah KEREDHAANKU dan KEAMPUNANKU!”

Allah s.w.t. brkata lagi: ‘wahai hamba2Ku, pohonlah kpdKu Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tdklah kamu memohon sesuatu apa pun drkKu pd hari ini, dlm perhimpunan ini, sama ada utk kepentingan akhiratmu, melainkan Aku akan menunaikannya, dan tidak jg utk kepentingan duniamu melainkan Aku akn memandang utk kebaikanmu. Demi kemuliaanKu, Aku akan tutup keaiban kamu selama engkau mengambil berat terhadapKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah Aku akn menghina kamu dan tidak juga Aku memalukan kamu dlm kalangan org yg berdosa (dan juga org kafir). Kembalilah kamu dlm keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan Daku dan Aku jg tlah meredhakan kamu’

Para malaikat pun bergembira dan bersuka ria dgn apa yg ALLAH tlh berikan kpd umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pd bulan Ramadhan’ – Riwayat Abu al-Syeikh Ibn Hibban dan Al-Baihaqi

-perkongsian daripada majalah solusi isu 23…
Semoga ada manfaatnya…insyaALLAH….

Followers