Hasil karya sebenar adalah bersumber di sini
Sebenarnya coretan ini ingin aku kirimkan kepada kamu yang melumpuhkan hatiku. Coretan ini ingin ku selitkan dalam satu kehidupan mu, namun aku hanya perempuan yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih, hanya sebagai salah seorang daripada temanmu, dan kerana aku hanyalah seorang perempuan, yang mustahil bagiku untuk memulakan.
Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Aku ingin engkau tahu, bahawa aku selalu berusaha menjauhi darimu, aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu. Saat di depanmu, aku selalu berlagak normal walaupun aku hanya berpura – pura.
Saat aku ingin berbual denganmu, hatiku menghalang, fikiran warasku mengatakan “jangan”, tapi aku kalah pada nafsu. Walaupun kita hanya berbual kosong, tapi itu sudah cukup menggembirakan ku saat engkau me”reply” message ku…
kadang-kadang kata-kata ni berterbangan dalam mindaku
"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali
Beberapa butir air mata menitis mengenangkan kekhilafan diri ini…
Tahukah wahai kamu yang melumpuhkan hatiku?
Memang aku seorang yang sukar untuk melafazkan perkataan “sayang” kepada orang yang benar-benar aku sayang, apatah lagi kepada mu. Lisan ini seolah-olah terkunci.
Dan aku rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu, dan jauh didasar hatiku mengatakan engkau masih menyanyanginya, walaupun engkau menyedari dia sudah punya pengganti…itu hanya prasangka ku.
Dulu,
Hatiku sakit sewaktu berbicara bahawa engkau mencintai dia dan tiada aku dalam kamus cintamu. Sememangnya sakit, sakit yang terasa begitu perit.
Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku. Ketenteraman mu adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hatiku.
Dan aku mengerti bahawa aku harus mengalah.
Kini,
Harapanku untuk bersama denganmu semakin cerah, namun aku mengerti engkau masih belum bersedia, dan aku akan setia menunggumu…selamanya
Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Andai aku boleh berdoa kepada Tuhan, mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu, hingga tiada tatapan pertama itu, yang membuat hati ini terus mengingati mu. Walaupun ramai yang telah aku temui, tapi tetap aku menghalang diriku dari menyukai lelaki lain selain dirimu.
Kerana diriku sudah lumpuh disebabkan oleh dirimu.
Tapi aku gagal menjaga perasaan itu untuk sekali…maaf kan ku
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Aku tahu dirimu masih belum bersedia untuk menikah denganku dengan segera. Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus kau kejar. Aku tahu kau tidak ingin menanggung beban ini, yang akhirnya akan menuju kerosakan, jika hati itu tidak mampu kau jaga. Ya, aku pun sama denganmu, aku tidak mahu bercouple dengan mu. Seboleh-bolehnya, TIDAK…
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini, kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada SUAMI ku.
Dan aku ingin menjadi ketua bidadari kepada mu. Izinkan aku…
Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tahukah kamu bahawa saat inilah yang paling ku takutkan dalam diriku. Jika DIA tidak menganugerahkan aku dengan setitik rasa malu, tentu aku telah menerima mu bukan sebagai suamiku namun sebagai kekasihku.
Ingin ku memberitahumu, bahawasanya, aku sudi untuk menunggumu, sehingga kau siap dengan yakin untuk meminangku… Dan aku pun siap dengan pinanganmu
Namun wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, kadangkala aku terfikir, semuanya pasti akan berlalu, dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. Tetapi ada ketakutan dalam diriku, apabila aku melupakanmu. Aku takut tidak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain. Kerana engkau yang dulu berbeza dengan engkau yang sekarang…
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu mu dan aku juga demikian, mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita.
Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman, kita akan tersenyum bersama akhirnya, setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia, kesudahan yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.
Wahai engkau yang sekarang ku cintai, semoga perkara yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.