Pages

Sunday, July 18, 2010

Bingkisan Doa



SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA. 
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah

Saturday, July 17, 2010

Kerana Cinta itu Bersebab





Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia? Jadi tidak salah kalau dikatakan bahawa cinta itu merupakan salah satu jalan daripada jalan-jalan yang telah ALLAH kurniakan kepada kita untuk mencari keredhaanNya. Tapi sayang... kita telah tersalah memahami pemberian ini dan telah menjadikan jalan itu sebagai matlamat kita dan telah melupakan matlamat sebenarnya. Akhirnya, secara tidak sedar, kita telah terlampau mengagung-agungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri, tetapi bukan Pencipta kita...

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. sebab jatuh cinta itu indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit woo~. Tidak ada siapa pun yang dapat melarikan diri daripada perasaan ingin mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang yang masuk syurga kerana cinta dan ada juga yang masuk neraka gara-gara cinta. Cinta... merupakan rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga kita boleh terhibur atau terseksa karananya. Cinta itu, datangnya dari dua sumber iaitu NAFSU dan dari ALLAH...

Cinta yang dilahirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang sebenar-benarnya, suci...lagi murni. Cinta yang bukan diukur oleh pandangan mata, tapi cinta yang diukur dari pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta yang diberi pun bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasnya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir dari sama-sama cinta dan berkasih-sayang kepada Allah. Cinta sebegini berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya, dan yang paling agung, antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tidak memerlukan untuk berjumpa, bercakap, atau melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan kehendak Allah, Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. 
tapi sebaliknya yang sering berlaku...( diri sendiri pun sedar dalam tak sedar hurmm...).
Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati  yang berlaku walaupun tidak pernah kenal atau baru mengenali, tetapi hati terasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa kesusahan, dan merasa senang kalau orang yang dicintai itu gembira. Rela mengorbankan dan disusahkan untuk menyenangkan orang yang kita cintai (tepat sekali).

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling agung dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk, maka cinta Allah dimenangkan. Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar... Seseorang yang sudah dapat mencintai Allah, maka cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.



Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha dan Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak, Akibat dari peristiwa itu, Nabi Yusuf telah dipenjarakan. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Nabi Yusuf.  

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan yang cantik, menjadi perempuan tua yang hodoh. matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf. Hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya, Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya, Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat kepada Allah dalam sembahyang dan zikir wirid, sehingga terlupa hendak melayan kemahuan suaminya, Yusuf yang berhajat kepadanya. Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf. Lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak sebagaimana yang pernah Zulaikha lakukan satu masa dahulu... 

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila kita mengenali Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan. Cinta pada Allah yang akan lahir bagi orang yang cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki, mungkin kerana kayanya, baiknya, tampannya...begitu juga yang lelaki. cintanya kepada wanita mungkin disebabkan kerana kecantikan, baik, lemah-lembut... Maka bagi mereka yang lebih berakal, akan merasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah... 

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itu pun atas rahmat dan belas kasihan Allah. Sehingga Allah mengizinkan makhluknya yang lain untuk mencintai kita. Walhal Allah boleh bila-bila pun menarik balik rasa itu dari hati orang0orang tadi kalau Allah mahu.
 
INGAT lah, Allah yang menciptakan kita makhlukNya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Sama ada kita ingat padaNya ataupun di waktu kita lalai, tetap diberiNya nikmat itu. Begitulah kebaikan Allah pada kita...terlalu banyak...
Firmannya yang bermaksud;
"Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung"
Ada orang mengatakan: " jika kau berikan hatimu atau cintamu pada manusia, nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkannya. Ertinya, cinta kepada Allah pasti berbalas dan Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintaiNya menderita di akhirat" .

~diedit drpd al-faqir~



Adakah tapak tanganmu berpeluh,
hatimu berdebar kencang, dan suara tersekat didadamu?
Itu bukan CINTA, itu SUKA

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan CINTA, itu NAFSU

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
dia ada disana?
Itu bukan CINTA, itu KESEPIAN
 

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang 
diinginkan oleh semua orang?
Itu bukan CINTA, itu KESETIAAN
 

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan CINTA, itu BELAS KASIHAN

 Adakah kamu menjadi milimnya kerana pandangan 
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan CINTA, itu TERGILA-GILA

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana 
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan CINTA, itu PERSAHABATAN
 

Adakah kamu merngatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan CINTA, itu DUSTA
Adakah kamu rela memberikan semua perkara 
yang kamu senangi untuk kepentingan derinya?
Itu bukan CINTA, itu KEMURAHAN HATI




Wednesday, July 14, 2010

Baru empat hari mendaftar sebagai pelajar audiologi tahun 2 sesi 2010/2011, terasa penat giler walaupun kelas tak full lagi...hurm..biase lah, baru-baru nak start belajar ni, liat sikit...
semalam jumpa dengan junior, best giler walaupun jumpe hanya tiga orang...welcome adik-adik..for sure, adik-adik tak kan menyesal join audiology ni (^^,)...
mood tak berape ok sekarang ni, terasa banyak sangat beban, and sume sistem pertahanan badan telah diserang oleh sejenis virus yang memang sangat popular ==> demam..hehehe

selalunya bila demam, mesti elak dr makan panadol, tapi kali ni, sebab takut tak tahan, so, terpaksa lah makan panadol, tak larat sangat... Panadol memang banyak keburukkan dia, jadi kalu boleh elakkan untuk makan penadol kalau setakat demam sikit-sikit tu.

Petua baik Demam
  1. Minum air 100 plus peganti kepada penadol.(x tau betul o tak, tp kalu rase nak demam, mesti minum 100 plus...hurmmm)
  2. Macam biasa la pakai baju tebal-tebal kemudian selimut sehingga berpeluh kemudian tido. (x suka bila badan berpeluh...)
  3. Minum air masak dengan banyak kemudian kita akan kerap la ke tandas. Minum paling kurang 12 gelas.
  4. Makan tahi hidung anda sendiri. Seperti mana yang kita tahu tahi hidung kan banyak khasiat dia ;) hahaha(Ni rekaan semata-mata)
  5. Ambil asam jawa kemudian campurkan sedikit air biasa, air asam jawa ini nanti disapukan di bahagian leher dan kepala (Kecik-kecik dulu mak slalu buat ni)
  6. Pegi farmasi beli Heat Cleanser
~rase cam nk try je petua yg ke4 tu..kikiki~
diedit dari : http://selangor2u.com/blog/headline/petua-baik-demam-dan-keburukan-penadol/

 best ugak duk blok b ni. family semakin besar..yay~ tahun ni makan, tido, gaduh, gusti, bebel, gelak, ketawa, marah, and sume2 lah ngan family baru.... sonok jadik one of R039 family members ni... elly, yant, mizah, wani, dan yani ^__~... "korang2, kalu ase nak makan pape kat dapur tu, makan je..t habis kite g beli agy" ==> khas untuk depa je...

okey, setakat ni dulu je kot, nak kene prepare tuk meeting malam ni, and cam mendung je kat luar tu, best je kalu tido..hehe~

Friday, July 9, 2010

Tolong Maafkan Diri Ini...TEMAN

" Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang ibu kepada anaknya.
" Saya tahu itu salah, ibu. tapi, saya akan cepat minta maaf. itu satu kelebihan juga, bu?" kilas si anak.
" Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.
" Saya rasa tidak, saya tidak kejam. selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu." Si ibu berfikir. apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sefat buruk ini?
" Kalu begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti." 
Tanpa membantah anak itu setuju.
" Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"
" Baik, ibu." 
Beberapa bulan berlalu...
Mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.
" Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?" ujar si anak dengan bangga.
" Semuanya telah dicabut. memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf".
" Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu...?
" Maksud ibu?"
" Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar, dan 'berkematu'. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada perutnya anakku..."

Si anak merenung dinding  yang tebuk-tebuk itu, Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah AKU SAKITI???


satu cerita yg sungguh menarik daripada i luv islam, tapi aku tidak pernah menjadikannya sebagai pengajaran...
dan untuk kesekian kalinya aku telah meletakkan paku ke dalam hati insan yang tak bersalah...dan paku tu masih melekat di sana walaupun kemaafan yang ku pinta... manusia tak akan lepas dari buat salah, tapi untuk tidak membuat kesalahan lagi bagus..."prevention is better than cure"... tapi apakan daya...diri ini tidak sempurna...walaupun dah cuba, tapi kalau dah begitu takdirnya...
rasa dah hilang mood nak buat pape...nak duduk lam gua and buat ignore je dengan dunia luar dan orang-orang kat luar... tapi adakah itu da best opsyen? sedangkan banyak lagi pilihan lain...


~saya betul-betul mintak maaf...ape lagi yang saya boleh buat? kalu ini yang terbaik, saya ikut jah...tapi i want u 2 know dat saya betul-betul menyesal...~

Wednesday, July 7, 2010

Penatnya Menjawab...

saya pasti, ramai yang dah biasa mendengar dialog ini...

" ayah, itu burung apa? burung murai...burung apa? burung murai... burung apa? burung murai... burung apa? burung murai nak... burung apa? burung murai, burung apa? burung murai... burung apa? burung murai... burung apa? burung murai nak... burung apa? burung murai..burung apa? burung murai...burung apa? burung murai... burung apa? burung murai nak...burung apa? burung murai...burung apa? burung murai...burung apa? burung murai nak... burung apa? burung murai...burung apa? burung murai sayang..." -penat membacanya? begitulah penat si ayah menjawab soalan anaknya...

Cuba kite sejenak, kenangkan kembali, sewaktu kita kecil-kecil dulu... mesti banyak sangat yang kita ingin tahu kan? x percaya? pergi tanya ibu bapa rakan-rakan...mungkin ada pengalaman yang lebih kurang sama dengan dialog di atas...lucu bukan? even sekarang pun banyak benda yang kita ingin tahu dan cuba mencari jawapan di setiap persoalan yang bermain diminda kita...kekadang bila banyak sangat persoalan yang ingin di soal, ada ibu bapa yang tak pernah lelah dan bosan melayan anak-anak kecil ini, lebih-lebih dengan mukenya yang COMAL, COMOT, dan yang paling best, dengar mereka ketawa...comel sangat ^_^, tapi ade jugak yang memilih untuk diam membisu dan buat tak tahu je kat anak-anak, akhirnya anak-anak akan diam membisu dan perangainya pun turut berubah...

Sudah menjadi fitrah si kecil, mereka suka bertanya walaupun soalannya kadang-kadang tak relevant n tak pernah tercapai oleh akal kita untuk memikirkannya... inilah kekreativiti anak-anak kecil...mereka pandai BERIMAGINASI...lebih-lebih kalau perkara tu mereka suka. mungkin ini juga salah satu cara mereka belajar...mereka akan bertanya, bertanya n keep asking sehinggalah mereka berpuas hati dengan jawapan yang diberikan...

Teringat pada anak saudaraku, memang dia banyak mulut, dan suke bertanya...sampai kekadang, dah naik bosan nk menjawab...saya sendiri pun kekadang, buat tak tahu je dengan dia...jahat x??? he~ kakak saya seorang peguam, n dia selalu keluar masuk court...berbanding dengan anak-anak saudara yang lain, dia ni memang banyak bercakap...orang kata, sebab mama dia banyak bercakap masa mengandungkan dia, sbb tu lah, anak bila dah besar suka bercakap jugak... (betul ke???) kakak saya yang sorang lagi, bekerja sbg kaunselor, dan kalu dilihat, anak-anak dia x de lah banyak bercakap cam yang sorang lagi tu... hurm... no komen... tapi betullah, sejak dlm kandungan lgi bayi2 ini dpt mendengar...

Kanak-kanak kecil bertanya sebab mereka ingin tahu. Ibu bapa sering mehukan cahaya mata yang bijak, kreatif, dan berkeyakinan tinggi. namun, tindakan mereka mengetepikan setiap persoalan anak dengan diam dan buat x endah je, telah menyekat perkembangan si kecil. Tetapi, apabila ibu bapa @ ahli keluarga menjawab persoalan mereka, kanak-kanak akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai dan secara tak langsung menambahkan keyakinan dalam diri mereka...

Terasa bersalah pulak bile teringat pada anak saudaraku tu... tapi dia memang tak pernah penat bertanya...x lenguh mulut ke??? hu~
Anak , merupakn anugerah yang tak ternilai, dan anak hanyalah pinjaman sementara untuk menghiburkan hati setiap pasangan yang mendambakannya... jadi hargailah dan jagalah anak-anak itu sebaik yang mungkin, kerana kita mungkin akan dipersoalkan diakhirat nanti...

Sedih bile terkenangkan kembali isu-isu dan kes-kes pembuangan anak...ada yang digigit kerengga, ada yang dibuang dalam sungai, ade yang dilempar di tepi-tepi jalan, di buang dalam lubang tandas...dan yang paling teruk bila ade yang sanggup pergi menggugurkan kandungan...sampai OTAK PECAH terburai, TANGAN TERPUTUS...subhanALLAH... ngeri utk saya kenangkan kembali video dan gambar yang pernah saya tengok tu... semoga mereka ditempatkan di tempat yang mulia di sisiMu, di syurgaMu YA ALLAH...amin..

~terasa ingin mempunyai anak sendiri la pulak...~ ^__^
sayang mama...sayang abah...

Saturday, July 3, 2010

SATU CINTA

Ku memohon dalam sujud ku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
ku percaya ENGKAU bisa meneguhkan...
pendirianku...keimananku...

Ku memohon dalam sujud ku pada Mu
ampunkanlah segala dosa dalam diri
ku percaya ENGKAU bisa meneguhkan 
pendirianku...keimananku...

Engkau SATU CINTA
yang selamanya aku cari
tiada waktu ku tinggalkan
demi cinta ku kepadaMU
walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguh kan hati ini
hanya padaMU...
KU PASRAHKAN...

OH TUHAN 
selamat kanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia
OH TUHAN 
jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia...

BerMulaNya PerJalaNanKu...

ALHAMDULILLAH... lastly ciap gak blog ku... baru nk try, so kalu x lawa tu, biase la...heee~
2 hari aku duk buat blog ni, cume x tawu nk post mende la plak..huhu..duk merepek la...

sAtu CIntA ==> hanya kpd ALLAH S.W.T. dan RASULULLAH S.A.W
knp sAtu CIntA??? pernah dgr lagu ni dr star 5??? sape2 yg x pernah dgr, leh la dgr ea..best giler... dgr berjuta2 kali pun x bowink...lg menengkan pkran dan jiwa ade la...
but 4 me, satu cinta tu ckuplah kpd DIA, AL-KHAALIQ pencipta kita...

act tergerak ati nk buat blog ni coz ari tu baru balik dr PERKAMPUNGAN ICT, 2010 kat Batu 30 Panyit, Machang (PPICT 2010)...alang2 dah tawu ckit2 cane nk buat blog, ape salahnyer cube kan..lame2 jdik suke n jdik hobby lak..huhu~ duk ngadap laptop la ari2..kikiki.... special thanq tu cik mimie aurora coz ajk join program ni... ^__~
4 details bout dis prgram leh bace kat my frend blog http://namasayajaja.blogspot.com/2010/06/terharu-terima-kaseh-mek.html... n http://namasayajaja.blogspot.com/2010/06/internet-thoyyibah-dari-jaringselamat.html

suke try sumthing new, tp akan terase frust bile x jadik... huhu...itu lah aku..mudah majuk...tp seorng yg pemaaf dan peramah, suke tolong org, smpai kwn2 n adik2 rmai yg ckp, jgn la terlalu baik, t org pijak kepala n ambik kesempatan kat kite, tp aku x kisah as long as aku dpt tolong org, n aku rase gembira dgn ape yg aku lakukan, so, nothing yg perlu dirisaukan n disesalkan...right? mood skrg nk abeskan bace buku, tp bile dah mule start blogging ni, buku tu just menemani di sisi, hehe~

donno what else 2 say, agipun lapar, jum makan ^__^...
last word, jgn lupe jdik follower sy, t sy jdik follower korang lak ea...SALAM PERKENALAN ^^,

Followers