Pages

Friday, November 2, 2012

Kerana SABAR itu INDAH


Bismillahhirrahmanirrahim…
Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…

Aku yakin dan percaya…sepanjang kehidupan seorang yang bergelar manusia, hamba ALLAH…pasti, dan mesti mempunyai masalah tersendiri. Masalah itu boleh datang dalam pelbagai rupa. Ada yang hensem, cantik, cute, dan jugak tak cantik. Bergantung kepada penerimaannya.

Sebagai contoh;
SI A: CANTIK
SI B: HENSEM
SI C: TAK CANTIK

Tapi…sebenarnya, ia bergantung kepada penerimaan/penilaian individu. Begitu juga dengan masalah, ada peringkatnya yang tertentu. Ada yang menganggap gagal dalam peperiksaan adalah masalah yang besar, ada yang menganggapnya biasa-biasa sahaja.

Nasihatku adalah satu…
"Jangan lari dari masalah…"

"arrgghhh…aku dah tak tahan dah. Enough is enough… aku nak berhenti buat semua ni""kenapa aku tengok dia gembira je..kenapa aku selalu ade je masalah…apa salah aku?"

Sayang… sedarkah yang masalah itu sebenarnya yang mendidik kita menjadi lebih kuat…lebih tabah?
Sayang…sedarkah yang masalah ini lah yang telah mematangkan kita?
Sayang…sedarkah yang masalah ini lah yang menceriakan hidup kita?

Cuba bayangkan…seminggu hidup kita tanpa masalah, tanpa diuji… mesti borink je kan?…tak tau nak buat ape…dan yang lagi tak best…hidup terasa kosong…

Sayang tau tak…yang masalah ni sebenarnya tanda ALLAH rindu untuk mendengar rintihan dan permintaan kita.
ALLAH rindu untuk melihat diri mu menangis kerana Dia.
Kenapa?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2). 

Betul..ALLAH rindu la, sebab tu dia utuskan ENCIK-ENCIK MASALAH ni datang jumpa kita. EN MASALAH 1, EN MASALAH 2, EN MASALAH 3…semua datang kerana ALLAH yang suruh. Jadi, kita kenalah menjemput mereka dengan gembira dan tenang ^_^

Oho~ so… bila ada tetamu datang ke rumah…kena lah siapkan makanannya …
Jadi, nak bagi makan apa pada ENCIK-ENCIK MASALAH ni?

  1. Banyakkan membaca buku-buku motivasi, atau sentiasa meminta nasihat dari sahabat/keluarga/teman sekerja. Hidup kita ni sangat bernilai. Jadi, jangan jadikan EN MASALAH ni sebagai racun yang membunuh PUAN KEGEMBIRAAN. 
  2. Sentiasa berdoa, berzikir agar hati tenang. Setiap sesuatu yang berlaku..pasti ada hikmah disebaliknya, mungkin waktu ini kita belum menyedarinya…
  3. Belajar lah untuk redha dan memfokuskan matlamat akhir adalah demi mencari keredhaan ALLAH… memang kita merancang untuk yang terbaik, tapi perlu kita yakin bahawa keputusan terakhir adalah ALLAH yang menetukan.


Jadikan masalah itu sebagai kawan baik kita. Yang sentiasa mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Berfikir positif…
Seandainya rasa diri lemah, carilah ALLAH…carilah sahabat..keluarga…
Minta sedikit kekuatan dari mereka.
Dan luangkan sedikit masa untuk melakukan hobi masing-masing. Kerana dengan itu, kita akan merasa puas. Bina balik keuatan, ketabahan itu.

Saya doakan pembaca sekalian dapat mendidik hati untuk lebih sabar kerana sabar itu sifat ALLAH dan pastinya ia sesuatu yang indah.

0 comments:

Post a Comment

Followers