Pages

Tuesday, December 21, 2010

perasmian penutup program BAKTISISWA PERDANA kampung tok che dol 2010

18 Dis,5.30 Petang : Saya rasmikan penutup Bakti Siswa Perdana IPT Kelantan 2010 di Kg Tok Che Dol.6 IPT terbabit iaitu UMK,UiTM,USM,KIST,Politekn
ik Jeli dan Kok Lanas.Program selama 3 hari 2 malam di 3 buah kampung,Kg Tok Che Dol,Kg Baru Jalan Malaysia dan Kg Bukit Jering. Mak dan bapa angkat amat gembira.







http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150107504790039&set=a.10150107503275039.306416.227789400038#!/album.php?aid=306416&id=227789400038

Monday, December 20, 2010

warna hidupku...

salam semua ^_~
chat??? mcm mana dgn cuti anda??? pejam celik, pejam celik, dah nk bukak sem baru upe2nyer... aduys~~~ malas pun ade, x sbr2 nk blajar pun ade... (kontra betul kenyataan niey) ABAIKAN...

alhamdulillah, sepanjang cuti ni mase yg diberikan ade yg digunakan dgn sebaiknya, ade jugak yg dibazirkan dgn sebaiknya...haha~

kerje pun ade agy yg tak siap..tapi x pe lah...dah jadik lumrah kehidupan...waktu senang di sia-siakan..waktu susah...baru la duk pening2 kepale mencarik  masa untuk menyiapkan kerje... pastu en mulut mula la duk merepek cakap masa tak cukup...cit! hampeh tul!!!

first sekali masa cuti ni duduk2 kat umah je, tolong2 mama jaga cucu2 nyer...
haish..berkembang biak sungguh family ku ini... ALHAMDULILLAH...murah rezeki...
dapat sorang lagi anak saudara malam aidil adha kedua... => AHMAD ADHA...
comel tak??? cam mak saudara dia la kan??? kikiki

so dengan hadirnya permata hati yang sorang ni, total sume anak saudara aku = 19 orang!
x sabar nak tunggu yang ke20... adakah LELAKI o PEREMPUAN??? mane2 pun aku x kisah...

next, bile dah abeskan sume movie yang ada, tak tau nk wak pe dah...hoho~
alhamdulillah, dpt plak join program SUNATHON kat Teluk Renjuna, Tumpat... sonok! tapi ase pelik je aku sorang2 je yang p, ade lagi yang lain, tp sume medic student n member aku yang nursing...aku, ni mmg x dak kaitan langsung...
mule2 aki incharge kat MOBILE CLINIC, kene amik blood pressure...haha~ tapi disebabkan aku x dak mase nk blajar gune spygmomanometer nie...kalu yang automatik, ok ah...
tapi, mase aku nak check tu, ade lak doktor yang datang observe, diaorang igt aku ni student medic kot, dia tak bagi aku guna yang auto, terpaksalah aku guna yang manual...haha~ then, sebab takut salah, member aku pun tukar dengan aku, aku kene tolong bagi medication kat patient yang memerlukan ubat under arahan doktor...sekali lagi aku diuji! hoho
doktor suh aku analysis result makcik2 n pakcik2 niey... dush..DUSH...   habesla aku...
alhamdulillah...aku dah cuba yang terbaik...yang penting dapat pengalaman baru! sangat seronok!!!

yang bersunat budak2 tu, aku memang x leh tengok...haha~ takut...darah... ntah ah..ase pening... patutla aku tak jadi doktor... indah betul ketentuan ILAHI kan? alhamdulillah...


Monday, December 6, 2010

1 MALAYSIA, 1 UMMAH SALAM MAAL HIJRAH 1432/2010

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Selamat menyambut maal hijrah @ awal muharam pada 1 Muharam 1432H bersamaan 7 Disember 2010. Diharap semoga kita semua bersedia untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan ini menuntut kepada pengorbanan yang besar dari diri kita.

Tuanku Mizan sempurnakan sambutan Maal Hijrah Selasa ini

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dijadual berangkat menyempurnakan perasmian sambutan Maal Hijrah 1432H peringkat kebangsaan yang bertemakan "1Malaysia 1Ummah", Selasa ini. 

Tema "1Malaysia 1Ummah" itu bertepatan dengan usaha kerajaan untuk membina masyarakat bersatu padu berasaskan konsep 1Malaysia dengan membina perpaduan dan kekuatan bagi mencapai kegemilangan ummah berdaya saing dalam berhadapan arus globalisasi serta kemajuan sains dan teknologi masa kini.
Selain perhimpunan itu, sambutan Maal Hijrah kali ini juga akan dipenuhi dengan beberapa program termasuk Forum Khas Maal Hijrah yang membincangkan "1Malaysia 1Ummah: Hijrah Cinta, Bertaut Fitra", serta Majlis Bacaan Surah Yasin dan Bacaan Doa di Masjid Negara pada Isnin ini. – BERNAMA


Menghayati sejenak Peristiwa Hijrah

Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam. Tarikh tersebut merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah. Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan islam itu sendiri.

Berbicara tentang Hijrah Rasul, sebenarnya kita sedang membicarakan tentang sejarah. Apabila berbicara tentang sejarah, kita harus sedar bahawa sejarah sebenarnya merupakan bicara Allah kepada hamba-hambanya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati. Dengan erti kata lain peristiwa hijrah ini mengandungi hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya. Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia. 

Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikmah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam hijrah Nabi sebagai pedoman dalam kehidupan kita? Saban tahun kita meraikan sambutan 'Maal Hijrah', namun apakah ianya merupakan sambutan semata-mata? Apakah yang kita fahami tentang hijrah? Adakah hijrah sekadar perpindahan yang berbentuk fizikal semata-mata?
Persoalan ini harus kita rungkaikan supaya hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dapat difahami dan dihayati. 

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud) 

 Marilah kita mencontohi para sahabat yang sanggup berkorban demi kepentingan Islam. Sesungguhnya Hijrah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, perpaduan dan kecintaan terhadap Allah.
Apa maknanya kita menyambut sambutan Maal Hijrah jika kita semakin jauh dengan Islam? Apakah ertinya kita menghayati sambutan Maal Hijrah. Jika jihad masih disalah anggap dan menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah yang kita sambut jika perubahan yang ada hanyalah menunjukkan umat Islam bertambah lemah dan menjadi mangsa penindasan barat malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai pengganas dan pemecah-belah. 

Seharusnya peristiwa hijrah ini mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam kita membangunkan sesebuah negara. Cuba kita renungkan kembali bagaimana perpaduan yang telah terjalin antara kaum Muhajirin dan Ansar di bawah bumbung Islam telah berjaya mambentuk khilafah Islamiyah. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan bangsa, kaum dan etnik, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan kasih sayang selari dengan ajaran Islam yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.
Soalnya lagi… sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan maal hijrah dalam memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung. 

Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.

 “Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu untuk bermain-main sahaja? Sedangkan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mukminuun ayat 115.



Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..

P/s; Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun. Semoga tahun baru yang akan menjelang lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaALLAH


RUJUKAN: 
2. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TuankuMizansempurnakansambutanMaalHijrahSelasaini/Article

Friday, December 3, 2010

love me...



No you are not the one
You are not the one I love
That's right
You  don't suit me
When I first saw you
and when you first came into my heart
You weren't the one for me
RUN AWAY
So that my eyes can't see you
So that you don't grow inside me
So that my heart won't know you
Oh~ you sprung out of hates
But you planted a root of love in my
heart a love that can't be healed
I love you, please love me
NO, we can't do this
STOP, we can't go any further
I can't pretend it didn't happened
The tears fall too quickly
If only I hadn't seen you
No
If only you didn't exist
I wouldn't be hurting
I hate you for showing me love
for making yourself the reason for my existence
I can't control
Oh~ you sprung out of hates
but you planted a root of love in my heart
I love you, please love me
NO, we can't
STOP, we can't go any further

I love you, please love me

NO, we can't.
STOP, we can't go any further...






Followers