Pages

Friday, November 5, 2010

DOA itu bekal, DOA itu senjata

bismillah hirrahma nirrahim...


hari ahad ni bermulalah ujian sebagai seorang PELAJAR AUDIOLOGI tahun 2...hehe...dah nk xm final sem rupe2nyer...study? dah abes ke cik ha oooiiii??? (smbil tepuk dada n tersenyum2)... "BELUM lagi..."
"mama ngantuk la, tido je kerje cik ha sjk mai USM ni..huu"
"nape tido nyer? g la study, nak exam kan...t sedih plak kalu x leh jawab..mama pun x kacau dah, x de suruh buat pape kerje pun"
"nak wak cane ma, mata ni ngantuk sangat2..." ase cam nk rendam je mata lam air...geram sungguh! tgk je nota, mula la mata ni pedih2, DUSH!!! nk kene gak asenye niyh!

sebelum ni, x pernah pun habes bace novel lam dua hari...hehe~ tapi novel kali ni, mmg best giler! mula2 tgk dah tertarik...Subhanallah...ayat2 yg dgunakan pun sedap, ade doa sekali... terasa ingin menulis diari seperti tu juga la..."DIARI SUFI"

mengantuk2 pun, novel tuh ttp habes dibaca...
jum nak kongsi sedikit apa yang ditulis semoga dapat dijadikan pengajaran kepada semua...

PART 1

kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap ALLAH SWT
"wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" tanya para malaikat
" Kerana belum dipaku", jawab ALLAH ringkas
"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" tanya para malaikat lagi
"aku akan menciptakan gunung-ganang", jawab ALLAH

setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar, setelah diciptakanNya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan ALLAH SWT.

Paku merupakan benda keras yang dibuat daripada besi. Setelah ALLAH menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi
" ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"ada!" jawab ALLAH. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi"
"adakah yang lebih kuat lagi selain api, YA RAB?", tanya malaikat lagi
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api", Jawab ALLAH lagi
"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat
" Ada! iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus", jawab ALLAH lagi
"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu?" Malaikat bertanya lagi
"Ada! iaitu nafas Hamba Ku yang berdoa kepadaKu. kerana sesunggunya DOA itu mampu mengubah takdirKu", demikian ALLAH SWT menjelaskan

(hadis Kudsi)

Ketahuilah dengan berdoa dan pasrah kepada ALLAH, insyaALLAH, kita mampu menjadi hambaNya yang tidak akan pernah berputus asa dengan rahmatNya... walaupun berbagai ujian dan godaan yang menimpa diri kita, bila DOA itu ikhlas untuk mendapatkan pertolongan, dan keredhaaanNya, pasti ALLAH tak akan biarkan kita sendirian dalam menelusuri hidup ini, yang kelihatan indah tapi hanyalah satu pendustaan semata-mata...

DOA. Satu perkataan yang tidak mampu di terjemah oleh akal fikiran akan kuasanya. Kalau diimbasi balik sejarah kehidupan para-para anbia, Rasul, Nabi, sahabat, ulama', mereka tidak pernah gagal untuk berdoa, merintih kepadaNya... orang yang paling kita cintai pun, yang sememangnya telah dijanjikan SYURGA buatnya, seorang yang maksum, namu masih, masih Baginda Rasulullah SAW berdoa tanpa pernah jemu kepadaNya...cube renungkan balik..adakah kita yang tidak akan pernah terlepas dengan dosa ini, dan amat jarang sekali berdoa, merintih padaNya akan mendapat SYURGA??? subhanallah, semoga sahabat2 semua sentiasa diberi kekuatan untuk terus berDOA dan berDOA, dan berDOA kepadanya...ketahuilah bahawa meminta DOA kepadaNya bukanlah menandakan kelemahan seseorang insan dan manusia itu, tetapi sebagai tanda penghormatan kepada yang ESA, yang Khaliq, yang telah menciptakan kita dengan sebaik2 kejadian... subhanallah... pernahkah sahabat2 bersyukur atas anugerah ini???


sabda Rasulullah SAW: " Sesungguhnya ALLAH SWT mencintai orang2 yang terus berdoa" (Hadis Riwayat Al-Auza'i)




kepada sahabat seperjuangan yang akan menduduki peperiksaan akhir sem, minggu depan, kepada diri sendiri, kepada semua, semoga kalian tetap bersabar dengan segala dugaannya, yang sememangnya menguji keimanan untuk terus belajar, belajar dan belajar,...demi mencari keredhaanNya...insyaAllah...
SEMOGA BERJAYA DUHAI SAHABAT 






~betulkan niat, betulkan tujuan...hanya kerana ALLAH~

0 comments:

Post a Comment

Followers