Pages

Tuesday, November 16, 2010

Berpuasa pada hari Arafah


Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (hadis riwayat muslim)






~10 Zulhijjah menandakan ketibaan Aidil Adha bersama dengan laungan tahmid memuji Allah di atas segala nikmat kurniaanNya termasuk nikmat berhari raya. Kemeriahan akan lebih dirasai apabila umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di Mekah sama-sama menunaikan puasa sunat hari Arafah. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan doasa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang~

Perbanyakkan zikir, bertasbih, bertakbir, dan berselawat.

Kepada mereka yang berkesempatan untuk meraikan Aidil Adha, berusahalah untuk mendirikan solat hari raya dan dengarlah khutbah agar dapat pengajaran darinya. Raikanlah dengan penuh kesyukuran dan jaganlah dicemari dengan kerja-kerja maksiat yang boleh menghilangkan amalan-amalan yang telah dilakukan. insyaAllah...semoga bersama kita mendapat manfaat darinya.


0 comments:

Post a Comment

Followers