Pages

Thursday, October 7, 2010

Satukanlah Mereka kerana Mu

ALLAH sengaja tidak turunkan hujan dan tidak membenarkan matahari memancarkan cahayanya supaya tiada pelangi dapat menghiasi langit... Allah sengaja memberi kan ujian supaya kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada... Allah sengaja membiarkan air mata mengalir tanda kelemahan dan kekerdilan diri... Allah sengaja membiarkan hati ini merindu supaya sentiasa mendekatiNya... ya...Allah sengaja... Allah sengaja membiarkan hati ini, diri ini bertanya-tanya, apakah sume ini...apakah maksud yang tersirat disebalik ujian ini? seandainya aku mampu melihat hikmah disebalik sume ini... pasti diri ini tidak akan mengomel, mengadu dan merintih atas ujian yang menimpa... tidak mungkin... tapi, apa daya ku?

terasa diri ini lemah sangat Ya Allah 
disaat ujian itu mendatang...
aku lemah
keliru...risau...
kenapa harus aku diuji dengan perasaan ini?
perasaan Rindu...
Sayang...Kasih...
perasaan ingin dibelai, di manja...
di sayangi...di ambil berat...
Ya Allah...
aku tahu Engkau tidak akan menguji aku
lebih dari yang aku mampu hadapiNya...
tapi...bila saat ujian itu datang, 
datang mengujiku bertalu-talu...tanpa henti,
tanpa pernah menghiraukan perasaan ku...
tanpa pernah mendengar rintihan hati ini...
Pedih...sakit...
tak terdaya nak hadapinya lagi...
sampai satu masa..satu saat...
diri ini sudah tidak mampu lagi 
tidak Mampu
untuk meneruskan perjuangan...
Langkah kaki ini sudah tidak terdaya lagi...
derita hati kerana KAWAN...
kerana CINTA
kerana PELAJARAN
kerana TANGGUNGJAWAB
kerana AMANAH yang harus dipikul 
sebagai seorang pejuang Islam...
aku lemah...
Ya Allah...
mampukah aku untuk meneruskan sume ini?
mampukah aku menghitung hari-hari ku
untuk terus berjuang?
untuk terus mempertahankan segala-galanya...
untuk terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan?
MAMPU KAH AKU???

tanpa ku sedar air mata mengalir... mengalir laju tatkala aku tidak mampu untuk menyatukan dua hati, dua insan, dua sahabat, dua teman...si A dan si B...aku tidak mampu untuk menyelesaikan salah faham antara mereka...aku dah cuba..tapi...
mungkin Allah masih mahu menguji ku...tapi sampai bila masalah ini akan terus berpanjangan? sampai bile hati-hati itu akan terus saling menyalahi satu sama lain??? arrgghh... aku sayang mereka... mereka dah macam keluarga aku...dan aku sayang keluarga aku... tapi...apa patut aku buat?
memang itu salah si A, tapi aku x boleh nak membuatkan si B untuk memahami masalah yang dihadapi si A itu... kerana dua-dua EGO!!! inilah antara sebab kenapa aku tak mahu masuk campur hal lelaki or bekerjasama dengan mereka...

"ha ni baik sangat lah...buat tak tahu dah lah..."
"tak boleh, diorang kawan ha..."
ya..dua-dua kawan aku...kawan yang aku akan bejuang selama setahun...dan selama-lamanya... mana mungkin aku akan buat ignore je kat diaorang??? MUSTAHIL...

Ya ALLAH, aku pohon
Engkau satukanlah hati-hati mereka seperti mana Engkau pertemukan kami...
buangkanlah ego dan salah faham di antara mereka
supaya di sana akan terjalin sebuah persahabatan
yang kekal..abadi..dan 
Engkau tanamkanlah keyakinan, kepercayaan antara kami...
suapaya tiada lagi salah faham
iri hati, dan dengki antara kami...
amin...



2 comments:

bebuihbuih said...

smoge berjaye ha!
*kuchen*
◕‿‿◕

kurakurasipemalu said...

amin..macih awop....
tok tinggal kuching diye tuu

Post a Comment

Followers